RAMALLAH - PALESTIN. Presiden Palestin, Mahmud Abbas dijangka dibenar keluar dari hospital hari ini selepas seminggu menerima rawatan akibat paru-paru berair, menurut pihak berkuasa Palestin.

Presiden berusia 83 tahun itu dibenar keluar dari Hospital Istishari Arab berdekatan Ramallah pada kira-kira jam 2 petang.

Abbas dimasukkan ke hospital 20 Mei lalu akibat komplikasi susulan pembedahan telinga, termasuk demam panas.

Khabar mengenai kesihatan beliau menjadi spekulasi terutama sekali dengan ketiadaan calon penggantinya.

Gambar dan video Abbas berjalan di dalam wad dan membaca akhbar yang disiarkan lewat Isnin lalu bertujuan meredakan khabar angin bahawa keadaan kesihatannya lebih serius daripada yang dilaporkan. - AFP