KIEV - UKRAINE. Ratu Ukraine telah dilucutkan gelarannya selepas wanita itu didapati mempunyai seorang anak daripada perkahwinan sebelum ini.

Veronkia Didusenko, 23, berjaya membawa pulang mahkota idaman setiap wanita pada Khamis lalu, namun ditarik balik selepas penganjur mendapati dia berbohong tentang statusnya dalam borang permohonan.

Ratu cantik tersebut dilaporkan mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun yang mana peraturan pertandingan melarang ibu atau wanita pernah berkahwin daripada bertanding.

Keputusan itu bermakna Didusenko akan digantikan dengan calon lain dalam pertandingan Miss Universe 2018 di China pada Disember depan.

Wanita yang mempunyai 11,500 pengikut di Instagram itu turut mengucapkan terima kasih kepada peminatnya yang sentiasa memberi sokongan dalam berdepan waktu sukar itu.

Difahamkan, Ratu Cantik Britain pernah mengenakan larangan sama, tetapi peraturan itu dimansuhkan pada 2013 sebagai sebahagian daripada langkah untuk menjadikan pertandingan itu lebih relevan. - Daily Mail