NEW DELHI - INDIA. Siapa sangka hanya keranan berpakaian seperti wanita Islam yang berhijab, seorang pekerja sosial di sini tidak berjaya memperoleh pekerjaan lapor Al-Jazeera.

Graduan Institut Sains Sosial Tata, Nedal Zoya berkata dalam temubual menggunakan emel tersebut, pihak rumah anak yatim di Delhi meminta dia menghantar gambar dirinya.

"Semua berjalan dengan lancar, kami bertukar emel mengenai pekerjaan tersebut namun beberapa hari kemudian, saya mendapat khabar buruk.

"Pihak mereka minta maaf dan mendakwa pakaian saya walaupun dari jauh kelihatan seperti wanita Islam kerana saya memakai hijab," katanya.

Lebih mengejutkan apabila pihak tersebut turut mencadangkan agar dia membuka tudung jika masih berminat bekerja di sana.

"Selepas saya enggan berbuat demikian, pihak mereka menghantar emel mendakwa keutamaan Zoya adalah Islam dan bukannya kemanusiaan.

"Sambil itu, mereka turut menegaskan bahawa tiada aktiviti agama dibenarkan di rumah anak yatim tersebut," katanya lagi.

Lebih malang buat Zoya apabila beberapa hari kemudian, dia mendapati gadis Islam dengan pemikiran moden mendapat pekerjaan tersebut.

"Saya tidak melihat perkara ini sebagai penolakan apatah lagi saya sebagai mangsa. Motif utama saya adalah membawa perkara ini ke depan.

"Saya bukanlah orang pertama yang menghadapi diskriminasi seperti ini, rakyat seharusnya membincangkan perkata ini supaya ia dapat diselesaikan," jelasnya.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :