PERTH - AUSTRALIA. Sepasang kembar perempuan berusia dua tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun setengah merupakan antara lima mangsa yang ditemui maut di sebuah rumah di Perth, kata pihak berkuasa hari ini.

"Insiden seperti ini merupakan tragedi yang menakutkan," kata Penolong Pesuruhjaya Polis Australia Barat, Paul Steel.

Menurut polis, tindakan menyerah diri seorang pemuda berusia 20-an ke ke balai polis semalam, membawa kepada penemuan mayat kanak-kanak berkenaan bersama mayat ibu dan nenek mereka di sebuah rumah di Bedford.

“Lelaki terbabit kini berada dalam tahanan, namun tiada dakwaan dikeluarkan setakat ini,” ujar polis.

Tiada butiran lanjut mengenai bila dan bagaimana mangsa dibunuh atau hubungan mangsa dengan lelaki terbabit.

Insiden terbaharu ini merupakan tragedi ketiga keluarga dibunuh di Australia sejak beberapa bulan lalu.

Julai lalu, seorang lelaki didakwa membunuh ibu dan dua adik beradiknya manakala seorang datuk menembak isteri dan empat anaknya dalam kes bunuh diri Mei lalu. - TheGuardian/AFP