MENCARI tempat tinggal baharu yang ideal adalah sesuatu yang sangat mencabar, tidak kiralah walau di mana sahaja bahagian di dunia ini. Namun, kehidupan di bandar pastinya memudahkan kehidupan seharian.

Bandar paling sesuai didiami yang disusun setiap tahun oleh Unit Perisikan Ekonomi ini dibuat berdasarkan pelbagai faktor termasuk keselamatan, akses kepada penjagaan kesihatan, kualiti makanan, pendidikan dan pengangkutan.

1. Honolulu, Amerika Syarikat

Hawaii kini menajdi bandar paling sesuai didiami di AS disebabkan skor yang tinggi dalam pendidikan dan budaya. Penduduk tempatan menyifatkan penambaikan itu boleh dikaitkan dengan pertumbuhan ekonomi global dan tumpuan untuk membangunkan gaya hidup bandar di Hawaii.

2. Budapest, Hungary

Bandar terbesar di Hungary telah menyaksikan peningkatan dalam infrastruktur dan pembangunan kejiranan dalam tempoh 10 tahun lalu. Kemajuan ini juga berlaku disebabkan peningkatan syarikat antarabangsa yang bergerak untuk mengukuhkan kehadiran Kesatuan Eropah (EU) di samping pembayaran gaji yang berpatutan. Ia sekaligus meningkatkan peluang pekerjaan.

3. Kuwait City, Kuwait

Terletak di antara Arab Saudi, Iraq dan Teluk Parsi, Kuwait City telah lama menjadi pelabuhan penting untuk perdagangan antarabangsa. Pengaruh global juga telah lama muncul dalam kehidupan seharian di sini. Meskipun Kuwait kini lebih global berbanding sebelumnya, namun faktor kebebasan kewangan menjadi cabaran besar untuk ekspatriat. Sebagai contoh, hanya orang Kuwait boleh memiliki tanah dan orang asing ingin memulakan perniagaan mesti mempunyai seorang rakan Kuwait yang memiliki 51 peratus dari perniagaan.

4. Auckland, New Zealand

Dengan skor yang tinggi dalam kategori kebudayaan, New Zealand terus mengekalkan kedudukan antara lima bandar terbaik sejak sedekad lalu. Disebalik semua itu, Auckland menduduki tempat keempat pasaran perumahan paling mahal di dunia dan kerajaan sedang mengambil langkah untuk melarang warga asing membei hartanah sedia ada.

5. Taipei, Taiwan

Hab Asia Timur ini semakin meningkatkan kedudukan terutamanya apabila perbandaran terus melabur dalam infrastruktur dan penjagaan kesihatan. Ekspatriat boleh menerima kad kesihatan dengan liputan yang sama seperti rakyat tempatan apabila menjadi ‘penduduk asing’ sama ada melalui kerja, keluarga atau sekolah. - BBC