$entry.content.caption.value
NEW YORK - Liga Arab dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mungkin menghantar misi pemerhati bersama ke Syria berikutan sekatan berbahaya kerajaan boleh memberi lebih keburukan.
Rancangan misi itu disuarakan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon yang mengeluh dengan kegagalan Majlis Keselamatan PBB untuk menyetujui resolusi terhadap krisis di Syria, mengatakan undian membawa malang kepada rakyat negara bergolak itu dan hanya menggalakkan Presiden Bashar al-Assad meningkatkan serangan terhadap penentangnya.
Bagaimanapun, sebelum misi diteruskan, beberapa persiapan perlu dilakukan menurut Ki-moon dan Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil al-Arabi Selasa lalu, liga menggantung misinya ke Syria pada 28 Januari lalu disebabkan keganasan semakin meningkat.
Sejak undian kedua terhadap resolusi Majlis Keselamatan dalam empat bulan ini, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat (AS) mula meningkatkan sekatan mereka di Syria.
Sesetengah negara pula mempertimbangkan resolusi yang gagal dicapai itu bagi memenuhi Perhimpunan Agung PBB yang tiada sekatan.





