ADDIS ABABA - ETHIOPIA. Sebuah insiden letupan mencetuskan panik dalam kalangan ribuan peserta yang hadir ke perhimpunan Perdana Menteri baharu Ethiopia, Abiy Ahmed di Addis Ababa.

Ahmed dibawa pergi pasukan keselamatan sejurus selepas ucapannya di Dataran Meskel.

Sementara itu,media tempatan melaporkan beberapa orang tercedera dalam insiden terbabit.

Ahmed dilantik menjadi perdana menteri selepas penyandang jawatan sebelum ini, Hailemariam Desalegn meletak jawatan secara tiba-tiba Februari lalu.

Portal berita The Addis Standard melaporkan pihak polis sebagai berkata, ia hanya letupan kecil. - BBC