Warga Nepal, Chandra Bahadur Dangi, 72, bakal merampas gelaran orang paling kecil di dunia yang dipegang oleh warga Filipina, Junrey Balawing pada tahun lalu dengan ketinggian 59.93 sentimeter (sm). Chandra yang memiliki ketinggian hanya 56 sm dan seberat 12 kilogram itu telah dikunjungi pakar dari Rekod Dunia Guinness untuk mengesahkan perkara tersebut di kampungnya di lembah terpencil, barat daya Nepal.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.





