TOKYO - JEPUN. Tiga perompak bertopeng meragut sebuah beg yang mengandungi wang tunai jutaan ringgit dari seorang ahli perniagaan  yang baharu sahaja mengeluarkan wang dari sebuah bank di barat Jepun semalam, lapor AFP.

Penyerang menyerang mangsa berusia 29 tahun yang membawa sebuah beg yang mengandungi wang tunai bernilai 380juta yen (RM15.3j) di tempat letak kereta di pusat bandar Fukuoka, kata jurucakap polis.

Mangsa disembur gas pemedih mata di muka sebelum penyerang merampas beg berkenaan.

Walaupun Jepun adalah masyarakat yang masih mengamalkan transaksi berasaskan tunai, ia adalah luar biasa seseorang membawa wang tunai dalam jumlah yang sangat besar.

Disember lalu, satu kes dilaporkan di mana seorang pencuri yang menyamar sebagai anggota polis merompak  RM22juta emas dari sekumpulan lelaki.

Polis di Fukuoka enggan mengesahkan insiden yang didakwa berlaku pada Julai dan berkemungkinan besar melibatkan kumpulan jenayah terancang.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.