SEOUL - KOREA SELATAN. Seorang lelaki berusia 69 tahun maut dihempap besi angkat berat 90 kilogram ketika berada di sebuah gimnasium tanpa pengawasan di sini.

Kemalangan berlaku pada awal pagi di sebuah gimnasium di Geoje, di bandar pelabuhan Busan.

Pemilik gim berkenaan menemui mangsa dihempap besi pengangkat berat di bahagian leher pada jam 9.10 pagi.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan mangsa mengangkat besi berkenaan beberapa kali pada jam 8.10 pagi, sebelum secara tiba-tiba besi berkenaan terjatuh dan menghempapnya.

Tiada individu lain berada di sekitarnya ketika kejadian,lapor The Korean Herald.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.