QUETTA - PAKISTAN. Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya dan menyebabkan tujuh maut di sebuah gereja, hari ini.

Laporan CNN mengatakan dua pengebom berani mati terlibat dalam serangan tersebut dan hanya salah seorang dari mereka berjaya mengaktifkan jaket bom mereka.

Dalam kejadian itu, lebih 20 mangsa lagi cedera manakala penyerang kedua berjaya ditembak, kata Kementerian Dalam Negeri Pakistan.

Sebuah pertempuran tercetus di kawasan gereja selepas serangan berani berkenaan dan melibatkan lebih 400 orang awam.

Penganut Kristian di Pakistan merangkumi kira-kira dua peratus dari keseluruhan populasi dan berhadapan tentang hebat dari pihak ekstremis.

Serangan terhadap penganut Kristian juga telah dilaporkan berlaku beberapa kali di Pakistan, antaranya serangan berani mati di Lahore yang mengorbankan 14 nyawa pada 2015 dan serangan di Peshawar pada 2013 yang mengorbankan 50 nyawa.