SURABAYA - INDONESIA. Seorang penjaga parkir haram yang sering meramas punggung dan payu dara wanita  di sebuah pasar akhirnya dicekup polis.

Suspek berusia 30 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada salah seorang mangsanya.

Siasatan lanjut mendapati, lebih 10 wanita termasuk seorang kanak-kanak menjadi mangsa serangan seksual pemuda dari Sambikerep itu.

"Suspek mengaku melakukan perbuatan itu hanya untuk suka-suka.

"Dia juga mengaku sering mencuri seluar dalam wanita yang disidai di luar rumah," kata jurucakap polis Surabaya, Ruth Yeni.

Katanya lagi, suspek akan dibawa menjalani ujian psikiatri bagi mengesan sama ada tanda-tanda gangguan mental. - Tribunnews