YANGON - MYANMAR. Sekurang-kurangnya 6,700 penduduk Islam Rohingya terbunuh dalam tempoh sebulan, berikutan tindakan keras pasukan keselamatan di Rakhine hujung Ogos lalu.

Lapor Doktor Tanpa Sempadan (MSF), angka diterbitkan dalam laporan MSF semalam, jauh lebih tinggi daripada jumlah dilaporkan pegawai tentera Myanmar untuk tempoh sama.

Pengarah Perubatan MSF, Sidney Wong berkata, organisasinya mengumpulkan data dalam enam kaji selidik dengan mengadakan pertemuan bersama lebih 600,000 mangsa keganasan di barat laut Myanmar itu.

"Hasilnya mengejutkan dari segi bilangan ahli keluarga pelarian yang terkorban akibat keganasan dan dibunuh dengan cara kejam atau dicederakan," katanya.

Laporan itu turut mendedahkan, sekurang-kurangnya 9,000 Rohingya terbunuh di Rakhine antara 25 Ogos hingga 24 September, di mana 71.7 peratus kematian akibat keganasan. - al Jazeera