TEXAS - AMERIKA SYARIKAT . Seorang wanita ditahan selepas mengaku sedang mengambil gambar selepas terlanggar sebuah kereta polis yang diparkir di tepi jalan, kelmarin.

Menurut laporan San Antonio Express-News, Miranda Kay Rader, 20, didapati sedang memakai baju dan bra ketika diperiksa polis sejurus kemalangan tersebut.

Polis juga menemui sebotol wain yang sudah dibuka dan dipercayai diminum oleh Miranda sebelum memandu.

Kata Miranda kepada polis, beliau sedang mengambil foto selfie separuh bogel untuk diberikan kepada teman lelakinya melalui aplikasi Snapchat ketika kejadian.

Darah Miranda kemudian diambil untuk ujian toksikologi untuk menentukan jumlah alkohol dalam darahnya ketika kejadian.

Miranda berhadapan dakwaan memandu ketika mabuk dan menyimpan alkohol ketika memandu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :