WALAUPUN kakinya kudung, namun ia bukanlah penghalang bagi seorang warga emas di China untuk bekerja demi mencari sesuap nasi menyara kehidupannya dan keluarga.

Beberapa keping foto yang memaparkan seorang warga emas bekerja sebagai tukang sapu di Chengdu,  meraih simpati pengguna media sosial di China.

Deng Xianguo, 69, kudung kaki kiri ketika usianya 19 tahun selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Memetik laporan West China Metropolis Daily, Xianguo mula bekerja sebagai tukang sapu sejak tujuh tahun lalu.

Meskipun terpaksa menggunakan tongkat ketika bekerja, Xianguo dilihat tetap meneruskan pekerjaannya.

"Saya sukakan pekerjaan ini kerana ia dapat memberi wang untuk membayar yuran pengajiaan cucunya," katanya.

Xianguo akan memulakan pekerjaannya membersihkan kawasan jalan sepanjang 300 meter seawal 5 pagi.

Selepas fotonya tersebar di internet, beberapa orang awam melawatnya serta menghulurkan bantuan makanan dan duit.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT . Syarikat peneraju perkhidmatan kongsi kereta, Uber, disaman kumpulan hak asasi OKU kerana didakwa mendiskriminasikan penumpang golongan itu di bandar raya New York, lapor agensi berita Xinhua.
  • BEIJING - CHINA. Sekumpulan anggota penguatkuasa dikecam selepas video yang memaparkan mereka membuli tukang urut cacat penglihatan tular.
  • LIU Ying kini hidup dalam kesunyian kerana ketumbuhan di mukanya sehingga pernah cuba untuk membunuh diri.
  • SEORANG lelaki OKU hanya dirakam terkebil-kebil sambil duduk memerhatikan kaum wanita dan kanak-kanak menyelamatkan diri selepas serangan udara Rusia di Fardous Street, Aleppo, Syria awal minggu lalu.
  • ANHUI - CHINA. Kudung tangan kiri bukanlah penghalang seorang ibu tunggal untuk melakukan tiga pekerjaan setiap hari bagi menyara dua anaknya selepas kematian suaminya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.