DUBLIN - IRELAND. Kira-kira 24 kru Ryanair terpaksa bermalam Lapangan Terbang Malaga pada Sabtu lalu tanpa diberikan makanan atau minuman.

Foto yang memaparkan keadaan mereka itu turut menjadi tular di media sosial.

Enam daripada kru terbabit terpaksa tidur di atas lantai dan sebahagian mereka menggunakan blazer sebagai bantal.

Syarikat penerbangan tambang murah berpusat di Ireland itu mengesahkan kesemua mereka bermalam di lapangan terbang kerana tiada bilik hotel yang kosong di Malaga selepas penerbangan mereka dialihkan ke Sepanyol susulan Ribut Leslie membadai Portugal.

Ryanair bagaimanapun menafikan kru mereka menerima layanan buruk seperti itu sebaliknya mereka dibawa ke lounge VIP.

Sementara itu, Kesatuan SNPVAC yang mewakili kru penerbangan Portugal memaklumkan gambar itu menunjukkan situasi di mana kru terbabit 'tiada pilihan lain'. - The Mirror