LONDON - Lebih 6,000 maut di Syria Mac lalu dan merupakan bulan yang melibatkan paling banyak kematian sejak bermula protes terhadap kerajaan dua tahun lalu.

Badan Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia (SOHR) yang berpangkalan di United Kingdom (UK) mencatatkan kematian bulan lalu berjumlah 6,005.

Mangsa termasuk sekurang-kurangnya 291 wanita, 298 kanak-kanak, 1,486 pemberontak dan 1,464 lagi melibatkan kematian tentera kerajaan.

Mangsa lain pula melibatkan orang awam dan sebahagiannya tidak dapat dikenal pasti.

Pemerhati mendakwa yang jumlah sebenar kematian adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 62,554 kematian direkodkan.

“Kami menganggarkan jumlah yang maut adalah kira-kira 120,000 orang,” kata ketua kumpulan pemerhati, Abdelrahman kepada Reuters.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata lebih daripada 70,000 orang terbunuh di Syria sejak pemberontakan bermula.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • LONDON - BRITAIN. Tujuh orang terbunuh dan lebih 50 cedera selepas sebuah trem tergelincir di selatan London semalam.
  • LONDON - BRITAIN. Seorang wanita maut selepas hilang kawalan dan terbabas akibat mengambil foto selfie ketika menunggang sebuah basikal.
  • LONDON - BRITAIN . Seorang remaja berusia 15 tahun maut dilanggar sebuah bas ketika menggunakan hoverboard, menjadikan ia kes kematian pertama melibatkan peranti tersebut.
  • LONDON - BRITAIN. Kerajaan Britain, kelmarin mengesahkan sekurang-kurangnya 15 warga mereka terbunuh dalam insiden serangan berdarah di sebuah pusat peranginan di Tunisia yang turut disifatkan sebagai kejadian terburuk sejak pengeboman di ibu negara pada 2005.