WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. "Lebih baik Korea Utara berhenti sebelum mendapat masalah seperti dihadapi beberapa negara lain," itu peringatan diberikan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kepada Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un lapor Metro.co.uk.

Korea Utara sepatutnya berasa sangat gugup sekarang katanya kepada wartawan semasa bercuti di Kelab Golf di New Jersey sebelum mengadakan taklimat bersama pegawai atasannya.

"Jika Korea Utara tidak berhenti, mereka akan berhadapan dengan api kemarahan yang belum pernah dilihat sesiapa di dunia ini," kata Trump.

Terdahulu, negara itu berterusan menghantar ancaman kepada AS malah turut mendakwa mempunyai peluru berpandu jarak jauh yang mampu meletupkan New York dan beberapa bandar besar lain.

Sementara itu, Korea Utara bertindak balas dengan mendakwa pihaknya mempunyai satu rancangan yang sedang diperiksa dengan teliti.

Negara itu merancang untuk menyerang wilayah AS di Guam, sebuah pulau berdekatan Filipina.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengelak menjawab soalan kawalan milikan senjata yang diajukan wartawan susulan tragedi serangan di Las Vegas.
  • WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Berikutan insiden serangan pengganas di Pusat Bandar London, hari ini, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggesa agar larangan perjalanan (travel ban) dikuatkuasakan di London.
  • WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Pentagon menzahirkan kekesalan atas kehilangan puluhan nyawa susulan serangan udara dilancarkan pakatan antarabangsa diketuai Amerika Syarikat (AS) terhadap kedudukan tentera berhampiran sebuah lapangan terbang di Syria, kelmarin.
  • WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mendakwa Rusia telah melancarkan serangan udara di Homs, Syria.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.