LONDON - BRITAIN. Jumlah korban serangan ganas merosot bagi dua tahun berturut-turut pada 2016, namun lebih banyak negara terjejas, menurut Indeks Keganasan Global (GTI), kelmarin.

Laporan dikeluarkan Institut Ekonomi & Keamanan Australia mendapati kematian akibat keganasan juga telah menurun sebanyak 22 peratus sejak 2014 yang mana 25,673 kematian direkodkan pada tahun lalu.

Rantau Asia Pasifik menduduki tangga ketiga paling rendah dari segi kesan daripada keganasan, namun terdapat perubahan besar di rantau terbabit.    

"Filipina berada di kedudukan ke-12 manakala Mongolia, Korea Utara, Papua New Guinea, Singapura, Timor Leste dan Vietnam di tangga-134 kerana tidak berdepan serangan pengganas sejak lima tahun lalu.

"Sejak 2002, rantau terbabit telah menyaksikan peningkatan aktiviti pengganas dengan jumlah serangan dan kematian melonjak. Lebih 15 tahun lalu, jumlah serangan pengganas juga menunjukkan pertambahan 720 peratus," menurut laporan itu.   

Selain itu, laporan tersebut juga mendedahkan aktiviti keganasan meningkat secara mendadak di Filipina, Thailand dan Myanmar sejak 2002, lapor Agensi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :