ALEPPO, Syria - Tekanan di rantau Timur Tengah dilihat meningkat semalam dengan Iran melahirkan sokongan kepada Syria sambil menyifatkan negara yang berhadapan dengan konflik berterusan itu sebagai "paksi ketahanan".

Barat khususnya Amerika Syarikat (AS) pula menganggap Syria, yang dilanda konflik yang berlarutan lebih 17 bulan, sebagai pusat proksi dan aktiviti keganasan.

CNN melaporkan, ketua keselamatan Iran, Saeed Jalili mengadakan pertemuan dengan Presiden Syria Bashar al-Assad di Damsyik semalam.

Beliau dipetik berkata, Iran tidak akan membiarkan "musuh" memecahbelahkan Syria, yang dilihat sebagai "paksi ketahanan, yang mana Syria adalah bahagian yang penting."

"Apa yang berlaku di Syria bukan isu dalaman, sebaliknya satu konflik antara paksi yang berdepan dengan tentangan dan di satu sebelah lagi paksi musuh di rantau ini dan dunia, dengan matlamat mahu menyerang peranan bertahan Syria," katanya Saeed dipetik media kerajaan.

Sementara itu, Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton yang bercakap dengan media di Pretoria berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana yang mengeksploitasikan suasana di Syria sama ada secara langsung atau dengan menghantar wakil.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALEPPO - SYRIA. Sukarelawan kemanusiaan di Aleppo merayu bantuan selepas melaporkan askar rejim Bashar al-Assad membunuh mereka yang dituduh mempunyai kaitan dengan Free Syrian Army.
  • ALEPPO - SYRIA. Puluhan tentera Presiden Syria Bashar al-Assad terbunuh dalam dua serangan dilakukan oleh Tentera Pembebasan Syria (FSA) di Aleppo.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.