• Jovian (tengah) bersama model ketika pelancaran koleksi Orked rekaannya yang akan pasarkan di pasar raya Tesco terpilih di seluruh negara. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR Jovian (tengah) bersama model ketika pelancaran koleksi Orked rekaannya yang akan pasarkan di pasar raya Tesco terpilih di seluruh negara. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
1 /

Tesco Stores Malaysia Sdn Bhd (Tesco Malaysia) memperkenalkan koleksi eksklusif, Orked menerusi kerjasama bersama pereka fesyen terkemuka tanah air Jovian Mandagie yang boleh didapati di 20 pasar raya Tesco terpilih seluruh negara bermula 24 Jun ini.

Pengarah Komersial Pakaian Tesco Malaysia, Hem Patel berkata, kerjasama dengan pereka fesyen terkenal telah menjadi kolaborasi tahunan yang sebelum ini dilakukan bersama Rizalman Ibrahim, tahun lalu.

“Dengan kerjasama ini, kami berharap peminat fesyen khususnya peminat Jovian di seluruh negara dapat menggunakan busana daripada pereka kegemaran mereka.

“Kami menawarkan 24 busana eksklusif pada harga berpatutan serendah RM199,” katanya selepas pelancaran busana eksklusif Jovian di Kuala Lumpur, kelmarin.

Peminat fesyen boleh menempah mengikut saiz bermula 15 Mei melalui laman sesawang www.tesco.com.my/orkedbyjm.