ADELAIDE - AUSTRALIA. Seorang pemandu terkejut apabila menemui seekor beruang koala di  dalam bahagian tayar keretanya, lapor Huffington Post.

Wakil Fauna Rescue, Jane Brister berkata pemandu lelaki tersebut menyedari kewujudan haiwan itu setelah terdengar bunyi aneh dari bahagian tayar keretanya setelah memandu sejauh 10 batu (16 kilometer).

"Pemandu terdengar bunyi seperti menangis di bahagian tayar depan kereta dan segera memberhentikan kenderaanya untuk menyiasat.

"Untuk mengeluarkan haiwan malang itu, tayar tersebut harus dikeluarkan. Koala tersebut dianggarkan berusia enam tahun dan ditemui diselaputi dengan minyak dan gris.

"Ia kelihatan sedikit ketakutan dan kami segera membawanya berjumpa doktor haiwan," katanya kepada pemberita tempatan.

Bagaimanapun, doktor mengesahkan bahawa koala tersebut baru sahaja melahirkan anak baru-baru ini namun anaknya tidak dapat dikesan.

"Kami berusaha mencari anaknya namun tidak berjaya, kami berasa sangat sedih," katanya.

Koala tersebut kini berada di dalam jagaan pemiliknya yang berjanji akan memastikan keselamatan haiwan tersebut terjamin.