PYONGYANG - KOREA UTARA . Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un baru-baru ini, menampilkan sosok isterinya di khalayak umum, lapor Huffington Post.

Jong-un menampilkan isterinya Ri Sol-Jul dalam satu majlis perayaan negara, sebagai tanda kejayaan Korea Utara menguji program nuklearnya yang baharu.

Majlis yang dihadiri oleh sejumlah pegawai tertinggi kerajaan dan saintis itu, memperlihatkan sosok Sol-Jul yang anggun menawan memakai busana berwarna biru muda.

Kelihatan dalam majlis itu, dia duduk di samping suaminya dan mengikuti setiap gerak-geri Jong-un.

Sementara itu, memetik laporan Daily Mail, Sol-Jul dilihat mengenakan perhiasan mahal dan membawa beg tangan mahal.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PYONGYANG - KOREA UTARA. Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un nampaknya mencipta perkataan baharu ketika membalas serangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump baru-baru ini yang menggelar dirinya 'lelaki roket' lapor Huffington Post.
  • PYONGYANG - KOREA UTARA . Ketegangan didakwa semakin meningkat selepas pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, semalam mengarahkan supaya tentera bersiap-siaga dan meletakkan kepala peledak nuklear dalam keadaan siap sedia untuk dilancarkan pada bila-bila masa sehari selepas negara itu berdepan sekatan baharu PBB.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.