NEW DELHI- Bapa mangsa rogol, kejadian yang menarik perhatian dunia baru-baru ini, menafikan laporan akhbar Britian bahawa beliau mahu nama anaknya diketahui umum.

Dia berkata, ada memberitahu bahawa identiti anaknya boleh didedahkan jika nama mangsa diabadikan apabila India menggubal undang-undang baru berkaitan kes rogol.

Mangsa rogol berusia 23 tahun itu meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah selepas diserang, dirogol dan dicampak dari bas dalam satu kejadian bulan lalu.

Hari ini, lima lelaki bakal dihadapkan di mahkamah khas di sini.

Kejadian itu mencetuskan kemarahan di seluruh negara dan rakyat meminta perlindungan lebih besar diberi kepada wanita.

Dipetik akhbar British semalam, bapanya mahu mendedahkan nama anaknya di hadapan orang ramai sebagai memberi satu inspirasi kepada mangsa jenayah seksual yang lain.

Tetapi keluarga gadis malang itu meminta supaya gambar mangsa tidak didedahkan kepada orang ramai.

Bapanya kemudian menafikan kenyataan itu yang mengaitkan dengan dirinya.

“Saya hanya berkata tidak ada bantahan jika kerajaan mahu menggunakan nama anak perempuan saya untuk menggubal undang-undang baru terhadap wanita, tetapi lebih baik gunakan yang sedia ada,” katanya kepada media.