NAIROBI - KENYA . Seluruh Kenya terputus bekalan elektrik selepas seekor monyet menceroboh stesen jana kuasa elektrik negara itu, lapor BBC.

Monyet tersebut terjatuh pada alat pengubah arus (transformer) stesen kuasa hidroelektrik Gitaru pada Selasa, kata pembekal elekterik KenGen dalam satu kenyataan.

Pengubah berkenaan terjatuh menyebabkan kehilangan 180 megawat tenaga dan mengakibatkan bekalan elektrik di seluruh Kenya terputus.

Kuasa berjaya dipulihkan hampir empat jam kemudian manakala monyet berkenaan ditangkap Perkhidamatan Hidupan Liar Kenya.

"Pemasangan kuasa KenGen dilindungi dengan pagar elektrik yang dapat mengelakkan pencerobahan hidupan liar.

"Kami kesal dengan insiden terpencil ini dan syarikat sedang mengkaji cara untuk meningkatkan lagi keselamatan di semua loji kuasa kami," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, The Business Daily Africa melaporkan peniaga terpaksa menangung kerugian akibat insiden berkenaan.

KenGen adalah syarikat itu penjana elektrik terbesar di Kenya dan membekalkan kira-kira 80% daripada tenaga yang digunakan di negara Afrika Timur itu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.