KASUR - PAKISTAN. Beribu-ribu penunjuk perasaan berkumpul di Kasur susulan tragedi menyayat hati yang menimpa kanak-kanak, Zainab Amin yang ditemui mati dibunuh dan dirogol.

CNN melaporkan penunjuk perasaan tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa tempatan yang dituduh tidak mempedulikan keselamatan penduduk setempat walaupun kejadian serupa berlaku sebelum ini.

Dua orang awam maut dilaporkan maut dalam pertembungan dengan polis semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Zainab ditemui mati dirogol, dibuang dalam tong sampah]

Penunjuk perasaan juga merosakkan pejabat ahli politik tempatan, Naeem Safdar selain mengulangi slogan meminta Ketua Polis Punjab, Muhammad Shehbaz Sharif meletakkan jawatan.

Penunjuk perasaan membakar tayar sebagai tanda protes di Kasur. - Foto sumber EPA

Sebelum mayat Zainab ditemui Selasa lepas, Kasur menjadi tumpuan isu penderaan seksual selepas kegiatan sekumpulan penjenayah memeras ugut dan melacurkan kanak-kanak di antara 2009 hingga 2014 didedahkan pada 2015.

Pelayar laman sosial juga melahirkan rasa simpati terhadap Zainab dan bersolidariti dengan keluarga mangsa menggunakan tanda pagar #JusticeFor Zainab.