PATTAYA - THAILAND. Seorang wanita tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan dari tingkat 17 sebuah apartmen, minggu lalu.

Menurut laporan Chiangrai Times, Netchanok Nokyungtong, 20, melahirkan mangsa seorang diri.

Pembunuhan bayi tersebut disedari seorang pekerja bangunan di tingkat empat yang ternampak satu bungkusan jatuh ketika kejadian.

Pekerja tersebut kemudian menemui mayat seorang bayi cukup sifat dalam satu bungkusan plastik.

Ketika disoal siasat polis, Netchanok 'tanpa rasa sedih dan bersalah' menunjukkan kain berdarah yang digunakan untuk membalut anaknya.

Selain itu, foto tular yang menunjukkan Netchanok selamba menunjukkan tingkap yang dibuka untuk mencampak mangsa menimbulkan kemarahan orang ramai.

Netchanok memberitahu polis, beliau ditinggalkan teman lelakinya yang tidak mahu bertanggungjawab atas kelahiran bayi tersebut.

Kata pegawai polis Kolonel Apichai Khemphet, Netchanok telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

"Ini satu jenayah yang kejam. Bayinya lahir cukup sifat dan sihat. Ibunya pula tidak menyesal dengan apa yang berlaku," kata Apichai.

Kata Apichai lagi, Netchanok akan berada dalam pengawasan polis dan bakal didakwa tidak lama lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.