JAKARTA – INDONESIA. Indonesia hari ini mengecam tindakan Amerika Syarikat untuk mengiktiraf Baitulmuqqadis sebagai ibu negara Israel.

Presiden Indonesia Joko Widodo berkata Indonesia mahu Amerika Syarikat menimbangkan semula keputusan itu kerana ia akan memberi kesan buruk kepada keamanan dan kestabilan di Palestin.

"(Indonesia) Mengecam keras pengakuan Amerika Syarikat terhadap Yerusalem (Baitulmuqqadis) sebagai ibu kota Israel dan meminta Amerika Syarikat mempertimbangkan kembali keputusan tersebut," kata Jokowi, dipetik dalam laporan Agensi Berita Antara.

Jokowi berkata rakyat Indonesia sentiasa konsisten dalam memberi sokongan terhadap kemerdekaan Palestin.

"Saya dan rakyat Indonesia, kita semuanya tetap konsisten untuk terus bersama dengan rakyat Palestin  dalam memperjuangkan kemerdekaan dan hak-hak rakyat Palestin," katanya. –Bernama