CALIFORNIA - Sebuah kapal terbang kecil dan helikopter tersepit antara satu sama lain di laluan udara di Utara California, menyebabkan dua juruterbang pesawat itu mengalami kecederaan ringan.
Pesawat enam tempat duduk Beechcraft Bonanza terhempas sejurus berlepas dari lapangan terbang, manakala helikopter dua tempat duduk Robinson R22 mendarat di atas padang berhampiran lebuh raya negeri, Highway 160.
Menurut jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, Ian Gregor, kemalangan itu berlaku berhampiran selatan Lapangan Terbang Kecil Bandaran Rio Vista, diantara Oakland dan Sacramento.
Dua juruterbang yang mengemudi pesawat persendirian itu terus dikejarkan ke hospital, dan pihak berkuasa tidak menemui penumpang lain selain mereka berdua.
Kapal terbang tersepit dengan helikopter
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.





