OTTAWA - KANADA. Tindakan pihak berkuasa Kanada menahan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat telekomunikasi gergasi, Huawei telah mencetuskan bantahan kerajaan China yang menggesa pembebasannya.

Meng Wanzhou yang merupakan salah satu timbalan pengerusi lembaga syarikat di Beijing dan anak perempuan pengasas firma itu, Ren Zhengfei diberkas di Vancouver di mana dia bakal diektradisi ke Amerika Syarikat (AS) kerana disyaki melanggar sekatan Washington ke atas Iran.

The Globe and Mail memetik kenyataan jurucakap Jabatan Kehakiman Kanada melaporkan penahanan Manzhou dibuat pada 1 Disember lalu dan bakal dihadapkan ke mahkamah esok.

Sementara itu, Huawei memaklumkan mereka hanya memperoleh sedikit maklumat tentang tuduhan ke atasnya dan tidak menyedari sebarang salah laku yang dibuat oleh wanita terbabit.

Jelas syarikat pembuat peralatan telefon bimbit dan telekomunikasi itu, ia mematuhi semua undang-undang kawalan eksport dan sekatan serta undang-undang ditetapkan AS. - Agensi