SEMARANG - INDONESIA. Ternyata peruntukan 300juta Rupiah oleh kerajaan tempatan mengecat semula perkampungan setinggan yang terletak di Randusari, Indonesia kini membuahkan hasil selepas ia kini menjadi tumpuan pelancong.

Projek yang mengambil masa lebih sebulan untuk disiapkan, dibuka pada April dan kini menjadi tarikan pelacong.

Kampung Pelangi kini menjadi trending di media sosial selepas pengujung tidak putus-putus melawat perkampungan itu dan memuat naik foto-foto menarik di Instagram.

Ekonomi tempat di kawasan itu kini memberi manfaat, penduduk menjual makanan, cenderahari kepada peningkatan bilangan pelancong yang melawat kawasan itu.

Slamet Widodo, seorang guru berusia 54 tahun mendapat idea untuk mengubah Kampung Pelangi selepas mendengar beberapa kejayaan yang sama di Asia.

"Idea untuk mewujudkan Kampung Pelangi datang selepas melihat keindahan Kampung Warna Warni dan Kampung Tridi di Malang dan Kampung Kod Kali di Yogyakarta," katanya dipetik Jakarta Post

"Mudah-mudahan Kampung Pelangi akan menjadi yang terbesar di Indonesia dan menawarkan tarikan pelancongan baru di Semarang."

Pada masa ini, sekurang-kurangnya 232 buah rumah telah dicat dengan pelbagai warna dan menurut Datuk Bandar Semarang, Hendrar Prihadi, projek ini akan diperluaskan kepada 358 buah rumah lagi.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :