TEL AVIV -  ISRAEL. Kabinet Keselamatan Israel, sebuah forum terdiri daripada menteri kanan diketuai Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu telah memulakan mesyuarat mingguannya di kubu pertahanan bawah tanah di Baitulmaqdis, menurut media tempatan, semalam.

Laporan itu dikeluarkan di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat antara Tel Aviv dan Teheran yang mana beberapa pihak melihat Netanyahu mungkin berasa terancam kerana bimbang dengan keselamatannya.

"Menteri Kabinet memberitahu kami salah satu sebab utama perubahan lokasi itu adalah kerana Netanyahu cuba mengelak sebarang kebocoran maklumat atau cubaan mengintip oleh pihak asing.

"Kumpulan terdiri daripada 11 menteri telah mengadakan beberapa mesyuarat di kemudahan itu. Ia merancang untuk mengadakan pertemuan di kubu pertahanan bawah tanah itu tiga kali seminggu. Mesyuarat seterusnya adalah pada Rabu depan di lokasi sama," jelas stesen TV, Saluran 10.   

Kemudahan digelar 'Pusat Pengurusan Kebangsaan' itu pertama kali digunakan Kabinet Keselamatan pada 2011 kononnya untuk 'persediaan' menghadapi senario krisis.

Ia dibina di bawah kompleks kerajaan di Kota Lama dan turut menempatkan tempat tinggal serta kemudahan pusat perintah.

Difahamkan, majlis mesyuarat terbabit biasanya diadakan di pejabat perdana menteri di Baitulmaqdis tanpa pengetahuan umum.

Awal bulan lalu, Israel menuduh Iran membedil roket dari Syria menyasarkan Bukit Golan.

Tel Aviv turut bertindak balas melancarkan serangan udara disifatkan paling terbesar sejak perang saudara tercetus di Damsyik pada 2011. - Press TV