PYONGYANG  - KOREA UTARA. Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mempelawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengunjungi Pyongyang.

Pada masa sama, media tempatan melaporkan Jong-un turut menyatakan kesediaannya untuk melawat AS.

Jemputan itu dibuat pada pertemuan bersejarah mereka di Singapura, semalam.

"Kim Jong-un menjemput Trump untuk datang ke Pyongyang pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai, manakala Trump pula mempelawa Jong-un untuk melawat AS.

"Kedua-dua pemimpin dengan gembiranya menerima jemputan itu, malah yakin ia bakal menjadi satu lagi peristiwa penting bagi memperbaiki lagi hubungan antara Korea Utara dan AS," kata agensi berita KCNA.  - CNA