TEL AVIV - ISRAEL. Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bannet (gambar) mengeluarkan kenyataan biadab apabila mencadangkan jet tempur Zionis mengebom kanak-kanak Palestin yang menyertai tunjuk perasaan di pagar sempadan.

Katanya lagi, tindakan itu perlu diambil bagi mengekang kanak-kanak terbabit menerbangkan layang-layang membawa api ke wilayah diduduki Zionis.

Bannet berkata demikian semasa mesyuarat Kabinet Keselamatan Israel pada Ahad.

"Kita tidak boleh membiarkan mereka menerbangkan bom layang-layang ke kawasan Israel.

"Mereka adalah pengganas, jadi kita perlu beri pengajaran. Daripada melepaskan tembakan amaran, apa kata kita bom sahaja kepala mereka," katanya.

Seramai 140 rakyat Palestin maut ditembak pihak berkuasa Israel sejak tunjuk perasaan besar-besaran bermula 30 Mac lalu.

Difahamkan, ribuan lagi cedera akibat terkena peluru hidup dan gas pemedih mata yang dilepaskan tentera Zionis. - Middle East Monitor