ROM - ITALI. Angka korban susulan insiden jejambat lebuh raya runtuh di bandar pelabuhan utara Itali di Genoa hari ini, dilaporkan meningkat kepada 22 orang.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Edoardo Rixi, mengesahkan sekurang-kurangnya 22 orang disahkan maut dan kemungkinan angka korban akan terus meningkat.

[ARTIKEL BERKAITAN: Jejambat runtuh di Itali: Sekurang-kurangnya 11 maut]

"Tidak boleh diterima sama sekali bahawa jambatan yang begitu penting...tidak dibina bagi mengelakkan kejadian seperti ini.

“Bahagian tengahnya runtuh,” katanya ketika temubual bersama SkyNews24.

Jabatan bomba tempatan berkata, jejambat terbabit runtuh sekitar jam 11.30 pagi waktu tempatan ketika hujan lebat.