RIYADH - ARAB SAUDI. Pegawai di Arab Saudi, Malaysia dan Indonesia akan mengambil bahagian dalam pelancaran penerbangan pertama membawa jemaah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Soekarno-Hatta di Jakarta.

Langkah itu dibuat selepas Riyadh mula melaksanakan perkhidmatan 'Jalan Makkah' untuk memuktamadkan prosedur kemasukan jemaah ke Saudi dari tanah air melalui laluan elektronik bersepadu di lapangan terbang yang dilindungi.

Jalan Makkah adalah salah satu inisiatif yang dilaksanakan dalam penyelarasan dengan negara yang meminta untuk mengambil bahagian dan mendapat manfaat daripadanya.

Difahamkan, inisiatif itu adalah sebahagian daripada Program Peralihan Negara (2020) untuk mencapai visi negara itu menjelang 2030.

Inisiatif itu bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan kepada jemaah haji dan telah dijalankan melalui eksperimen pada musim haji tahun lalu melibatkan jemaah dari Malaysia.

Tahun ini, ia akan melibatkan kesemua jemaah dari Malaysia dan sebahagian jemaah Indonesia.

Jemaah yang melalui 'Jalan Makkah' dapat memintas proses seperti pemeriksaan pasport dan pengekodan bagasi yang membolehkan mereka terus menaiki bas di Makkah dan Madinah. - Al-Arabiya