GENOA - ITALI. Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte hari ini mengisytiharkan darurat selama 12 bulan susulan insiden jejambat runtuh yang mengorbankan sekurang-kurangnya 39 orang.

“Dalam satu mesyuarat kabinet yang diadakan, kami bersetuju mengisytiharkan darurat selama 12 bulan dan menyediakan peruntukan bernilai lima juta euro (RM23.4juta) untuk tabung kecemasan kebangsaan,”kata Conte ketika sidang media di bandar pelabuhan barat selepas mesyuarat yang berlangsung kira-kira sejam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Jejambat runtuh di Itali: Angka korban mencecah 35]

[ARTIKEL BERKAITAN: Jejambat runtuh di Itali: Operasi menyelamat diteruskan]

Conte juga mengesahkan cadangan membatalkan kontrak firma swasta, Autostrade per l’Italia, yang bertanggungjawab mengendalikan dan menyelenggara jambatan dan lebuh raya bertol A10.

Kementerian Pengangkutan itu mengesahkan bahawa kontrak A10 adalah satu-satunya lebuh raya sedang dilihat ketika ini.

“Tragedi ini tidak dapat diterima dalam masyarakat moden dan kerajaan akan melakukan segala-galanya untuk mencegah perkara ini daripada berlaku.

“Kami sudah mengumumkan bahawa kami akan memulakan proses membatalkan konsesi Autostrade,” kata Conte.

Jejambat Morandi di bandar pelabuhan Genoa runtuh Selasa lalu ketika hujan lebat.- AFP.