citibank
citibank

KUALA LUMPUR - Lebih banyak bank global sedang disiasat kerana didakwa memanipulasi pasaran kewangan selepas Barclays didenda AS$453 juta, tetapi Citibank menjelaskan bahawa ia bukan salah satu daripadanya.

"Citi mengesahkan dengan para pegawai kerajaan UK bahawa ia tidak disiasat di UK yang mempunyai kaitan dengan isu-isu LIBOR," kata Citibank Bhd dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Antara bank global yang dikatakan sedang disiasat ialah HSBC dan Royal Bank of Scotland dari Britain dan UBS dari Switzerland kerana didakwa menyediakan
perangkaan palsu mengenai kadar faedah yang digunakan bagi penetapan pajakan dan pinjaman pengguna.

Pihak berkuasa AS dan British pada Rabu mendenda Barclays kerana memanipulasi kadar faedah, Kadar Tawaran Antara Bank London (LIBOR), yang
memberikannya kelebihan antara 2005 dan 2009. - Bernama

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.