BAITULMAQDIS - PALESTIN. Pasukan tentera laut Israel semalam menahan dua nelayan Palestin di luar pantai Gaza yang diduduki, menurut pegawai tempatan.

Kesatuan Jawatankuasa Kerja Pertanian berkata, kedua-dua nelayan itu dikenal pasti sebagai Karim dan Mohamed Abu Hassan, ditangkap tiga batu dari pantai bandar utara Beit Lahia.

Menurut NGO itu, tentera Israel turut merampas peralatan bot dan memancing mereka.

Ia menambah bahawa kedua-dua nelayan itu kemudian dilepaskan oleh tentera Israel.

Tentera laut Israel enggan mengulas insiden tersebut.

Israel mengekalkan kepungan laut ke atas Genting Gaza yang dikuasai oleh pergerakan Hamas.

Pekerjaan menangkap ikan merupakan salah satu industri terbesar di Genting Gaza, sebuah kawasan pesisir pantai yang didiami oleh hampir dua juta penduduk. - Agensi