TEL AVIV - Israel melancarkan siri serangan udara ke atas pejuang Hamas di Genting Gaza semalam, beberapa jam selepas roket dibedil ke arah wilayahnya.

Serangan menyasarkan tiga kemudahan tentera Hamas di kawasan berbeza di Genting Gaza.

"Kemudahan tentera itu digunakan untuk kem latihan dan menyimpan senjata.

"Ini (serangan) adalah respon kepada roket yang ditembak ke arah Israel dari Genting Gaza," kata kenyataan itu.    

Sementara itu, sumber keselamatan Palestin berkata, lebih 10 serangan dilancarkan terhadap sasaran, termasuk lokasi tentera laut Hamas dan pangkalan tentera berhampiran kem pelarian Shati di utara Gaza. - AFP

Artikel berkaitan yang patut anda baca :