SAN FRANCISCO - AMERIKA SYARIKAT. Platform media sosial Instagram semalam melancarkan ciri video baharu yang membolehkan pengguna memuat naik klip video berdurasi 60 minit.

IGTV, membolehkan pengguna menghasilkan kandungan video melebihi had maksimum 60 saat yang dibenarkan sebelum ini.

Menurut Instagram, video yang dihasilkan akan dipaparkan dalam bentuk 'portrait mode'.

Tidak dapat dipastikan sama ada video yang lebih lama akan merangkumi iklan ataupun jika pengguna akan dibayar untuk kandungan mereka seperti di YouTube.

Dalam temuramah esklusif bersama Newsbeat, pengasas Instagram, Kevin Systrom berkata pihaknya 'tidak terburu -buru untuk mengetahui tentang hal berkenaan'.

Pakar teknologi majalah TenEighty, Alex Brinnand berkata, dengan 800 juta pengguna aktif dan 500 juta pengguna yang menggunakan aplikasi tersebut setiap hari, kehadiran IGTV mampu menjadikan Instagram pemain dominan dalam industri media sosial. - BBC