PARIS - PERANCIS. Presiden Perancis Francois Hollande mengumumkan mesyuarat pertahanan diadakan pada Jumaat pukul 8 pagi susulan insiden tembakan di pusat bandar Paris yang mengorbankan seorang pegawai polis dan mencederakan dua yang lain pada Khamis, lapor agensi berita China Xinhua.

Perkara itu, diumumkan selepas Presiden mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Bernard Cazeneuve dan Menteri Dalam Negeri Matthias Fekl.

Beliau yakin serangan itu mempunyai kaitan dengan pengganas dan berjanji langkah keselamatan akan diperketatkan menjelang pilihan raya presiden yang bermula Ahad.

[ARTIKEL BERKAITAN: Anggota polis terbunuh dalam serangan di Paris]

"Kita mesti sedar bahawa pasukan polis terdedah dengan bahaya dan saya ulangi komitmen saya. Segala usaha akan dilakukan untuk memastikan anggota polis dapat menjalankan tugas mereka," katanya.

Kumpulan militan IS mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Kejadian berlaku kira-kira 8 malam waktu tempatan di lokasi pusat beli-belah Champs Elysees di pusat bandar Paris.

Penyerang kemudian mati ditembak polis. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.