JAKARTA - Tiga pengganas yang mempunyai kaitan dengan pengeboman sebuah masjid di Jawa Barat, Indonesia tahun lalu, dijatuhi hukuman penjara antara tujuh dan sembilan tahun, semalam.

Hakim Mahkamah Daerah Tangerang, menjatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun ke atas Achmad Basuki yang juga adik bongsu pengebom berani mati, Muhammad Syarif, 32.

Basuki didapati bersalah kerana terlibat dalam rancangan serangan di masjid ibu pejabat polis daerah Cirebon, Jawa Barat pada 15 April tahun lalu.

Dalam kejadian itu, seramai 30 orang kebanyakkanya anggota polis termasuk Ketua Polis Cirebon, cedera parah selepas Syarif meletupkan badannya yang diikat bom ketika umat Islam mengerjakan solat Jumaat.

Seorang lagi yang dikaitkan dengan perbuatan itu, Arif Budiman, yang bertindak membantu Syarif dan Basuki merancang serangan dan dia dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun.

Defendan ketiga, Mardian­syah atau Abu Maryam turut dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun berikutan penglibatan secara tidak langsungnya dalam menjual senjata api kepada sel pengganas yang dimiliki Syarif.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.