Indonesia larang eksport bijih logam
$entry.content.caption.value

 JAKARTA - Menteri Tenaga dan Sumber Galian Indonesia Jero Wacik menandatangani peraturan peringkat menteri melarang eksport bijih logam
bermula 2014. 

Peraturan itu menetapkan semua logam mentah, termasuk emas, tembaga, nikel, bauksit dan besi perlu diproses di negara itu, seperti yang ditetapkan dalam Undang-Undang Galian dan Arang Batu 2009.

Jakarta Post melaporkan pada Sabtu bahawa larangan itu bertujuan, antara lainnya, meningkatkan pengeluaran logam negara bagi menggunakan produk diproses untuk tujuan domestik dan produk sampingan sebagai bahan material mentah bagi industri kimia dan baja dan meningkatkan pendapatan negara.

Laporan itu memetik Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Galian Widjajono Partowidagdo sebagai berkata peraturan tersebut tidak mewajibkan setiap syarikat perlombongan membina relau lebur, tetapi mereka dibenarkan memproses bijih logam di mana-mana relau lebur di negara ini.

"Perkara paling penting ialah relau lebur tersebut terletak di Indonesia.

"Ramai pelabur yang melahirkan minat membina relau lebur di sini, oleh itu syarikat perlombongan boleh memilih untuk membina relau lebur mereka sendiri," katanya. - Bernama


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.