JAKARTA - Tentera Indonesia buat pertama kali memberi peluang kepada golongan wanita menyertai pasukan pertahanan negara itu.

Dipetik Jakarta Globe, Ketua Staf Tentera, Jeneral Pramono Edhie Wibowo berkata, seramai 192 askar kadet kini sedang dilatih oleh Akademi Tentera.

"Seramai 16 daripada askar kadet itu adalah wanita. Kami akan terus merekrut wanita hingga hujung tahun ini bagi di serapkan ke pelbagai kor dalam unit tentera," katanya.

Katanya, usaha itu adalah sebahagian daripada penambah baikkan kesaksamaan gender dalam bidang pertahanan negara.

"Golongan wanita kini berpeluang menjadi sebahagian daripada pegawai tertinggi dalam unit ketenteraan darat, udara dan laut,".

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JAKARTA - INDONESIA. Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia sedang memantau perkembangan kes seorang rakyat Malaysia yang bolos dari penjara Kerobokan di Bali dua hari lepas.
  • JAKARTA - INDONESIA. Foto Menteri Maritim dan Perikanan, Susi Pudjiastuti tidur di sofa di ruang menunggu Lapangan Terbang John F Kennedy di New York Amerika Syarikat tular di media sosial dan mendapat pujian netizen yang mengelarnya "Super women".
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.