SINGAPURA - Halimah Yacob, 63 tahun menjadi wanita pertama dalam tempoh 47 memfailkan kertas pencalonannya di Ibu Pejabat Persatuan Rakyat (PA), hari ini sebagai calon tunggal yang layak untuk pilihanraya Presiden, tahun ini lapor Today Online.

Satu kenyataan dari pejabat Perdana Menteri berkata Halimah akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Singapura kelapan esok, jam enam petang di Istana lapor Channel News Asia.

Keputusan tersebut setelah kertas pencalonannya mengikut prosedur dan teratur.

Pilihanraya Presiden tahun ini dikhaskan untuk orang Melayu dalam usaha memastikan perwakilan dari setiap kaum selepas Parlimen meluluskan perubahan undang-undang Skim Presidensu, November tahun lalu.

Selain Halimah, dua orang lagi calon merupakan Ketua Eksekutif Second Chance Properties, Mohamed Salleh Marican, 67, dan Pengerusi Perkhidmatan Marin Asia Pasifik, Bourbon Offshore, Farid Khan, 62 tahun.

Bagaimanapun, kedua-dua calon tersebut didapati tidak layak oleh Jawatankuasa Pemilihan Presiden kerana mereka tidak memenuhi kriteria kelayakan yang memerlukan calon sektor swasta berkhidmat sebagai ketua eksekutif syarikat sekurang-kurangnya tiga tahun.

Serta mempunyai sekurang-kurangnya $500 juta dolar ekuiti pemegang saham secara purata dalam tiga tahun ini.

Sementara itu, terdapat dua reaksi berbeza oleh rakyat di mana ada yang menyokong pencalonan Halimah manakala ada juga yang kecewa.

Ada yang mempersoalkan legitimasi kepresidenanya dengan menggunakakan #notmypresiden di media sosial namun begitu, ada juga rakyat yang menyokong Halimah mendakwa wanita tersebut layak memegang jawatan itu serta melaksanakan tugasnya dengan baik.

Bermula sebagai seorang peguam, Halimah telah menghabiskan tiga dekad terlibat dalam Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), kemudia menjadi Speaker di Parlimen pada tahun 2013 dan berkhidmat di Kementerian Pembangunan, Belia dan Sukan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.