SANTIAGO - CHILE. Ribuan guru di Chile mengadakan mogok selama 24 jam kerana membantah Akta Pendidikan Awam Baharu yang dilihat tidak akan membawa sebarang perubahahn dan menyelesaikan masalah sedia ada.

Selain itu, guru juga menuntut pihak perbandaran melunaskan hutang yang terpaksa ditanggung guru kerana mengupah pekerja bagi menyelesaikan projek pendidikan awam.

Presiden Kesatuan Guru Mario Aguilar berkata, mogok berikutan rasa tidak puas hati terhadap pembaharuan yang dilihat langsung tidak akan menyelesaikan masalah di sekolah kerajaan.

Aguilar berkata, mogok menyebabkan kira-kira 35 sekolah di Santiago tidak dapat memulakan kelas.

"Terdapat masalah hutang yang serius, lebih 120 majlis perbandaran berhutang dengan guru dan projek pendidikan awam baharu yang bakal diberikan kepada guru akan menambah lagi hutang," kata Aguilar.

Aguilar berkata, perbincangan telah diadakan selama enam bulan dengan kerajaan tetapi setakat ini tiada tindak balas konkrit bagi mengatasi masalah.

Bantahan juga akan diadakan di bandar seperti Valparaiso, Concepcion, Arica, Copiapo, Antofagasta dan La Serena. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.