LEGAZPI - FILIPINA. Gunung berapi paling aktif di Filipina, Gunung Mayon dilaporkan memuntahkan lava dan abu tebal sehingga tiga kilometer.

Portal antarabangsa melaporkan, lebih 56,000 penduduk di sekitar gunung itu dipindahkan hari ini susulan letusan tersebut berlaku.

Institut Vulkanologi dan Seismologi memaklumkan, lava naik ke kawah gunung hingga 700 meter, sementara abu menjulang  ke udara sekurang-kurangnya dua kali pada semalam.

Letusan pada tengah hari kelmarin adalah yang terkuat sejak gunung berapi itu mula meletus sejak seminggu lalu.

Dalam pada itu, pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran letusan besar yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

Kesemua penduduk yang dipindahkan ditempatkan di 46 pusat penempatan sementara pada semalam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :