JAKARTA - INDONESIA. Gunung Agung di Bali kembali meletus hari ini selepas beberapa minggu 'berehat'. Letusan terakhir berlaku pada 2 Januari lepas.

Menurut  Badan Nasional Penanggulan Bencana, sebuah badan  pengurusan bencana, letusan terbaharu itu berlaku 11.49 pagi tadi, mengeluarkan asap dan debu setinggi 1,500 meter.

Status keselamatan Gunung Agung masih di Tahap III (Siaga) selepas diturunkan dari Tahap IV (Awas) pada Sabtu lepas.

Sementara  itu, agensi berita ANTARA melaporkan, pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan arahan supaya orang ramai tidak melakukan sebarang aktiviti di radius 4km dari kawah gunung itu.

Lapangan  Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai di Bali bagaimanapun dilaporkan beroperasi seperti biasa. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :