RAMALLAH - Kumpulan aktivis Hak Kemanusiaan Mediterranean Eropah menyuarakan kebimbangan terhadap nasib ahli akademik Palestin yang menjadi sasaran Israel.
Ahli-ahli akademik malang itu ditempatkan di dalam tahanan rejim dan menurut laporan pemerhatian aktivis, jumlah tahanan kumpulan itu semakin meningkat melibatkan pensyarah dan pemegang biasiswa di Universiti Palestin.
Berdasarkan maklumat, rejim Israel menahan 41 pensyarah Palestin dan ahli akademik kemudian dihantar ke tahanan pentadbiran. Antara yang ditahan, petugas akademik Universiti An-Najah, Nablus, iaitu Proffesor Ekonomi, Mohammed Ghazal, Proffesor Kejuruteraan Sivil, Amin Abu Wardeh, dan kakitangan Universiti Terbuka Al-Quds.
Sejak 2007, jumlah penahan golongan akademik mencecah seramai 430 orang dan rejim bertindak mencuri hasil penyelidikan saintifik yang dibuat ahli-ahli akademik Palestin malang itu.
Golongan akademik sasaran rejim Israel
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.





